Astro Ramadan: Bila Bersama, Lagi Jadi

Home Of Ramadan: Geng Ngaji

Hiasi Ramadan anda dengan Home of Ramadan di Astro Oasis! Saksikan program langsung 3 jam setiap Isnin-Jumaat, jam 5 petang hingga 8 malam yang sarat ilmu. Jangan lepaskan Geng Ngaji bersama Trio Sebak: Ustaz Fakhrul Radhi, Ustaz Tarmizi & Ustazah Farhatul. Nikmati bimbingan tajwid, tadabbur, masakan & soal jawab interaktif. Jom perbaiki bacaan & berinteraksi secara langsung buat seisi keluarga!

Jangan lupa saksikan Geng Ngaji hanya di Astro Oasis. Cuba komen sikit siapa yang dah ready nak call dorang esok petang ?! 🤭

🗓 Isnin hingga Jumaat
​⏰ 5:00 petang hingga 8:00 malam
Layari: https://gempak.com/astroramadan untuk maklumat lanjut

GengNgaji #HomeOfRamadan #AstroOasis

Home Of Ramadan Live:
[LIVE] Home Of Ramadan | Episod 2
Rancangan Lain
Mualim Muda
Mualim Muda

Mualim Muda ialah sebuah program realiti yang mengetengahkan bakat-bakat muda dalam bidang dakwah secara kreatif dan relevan. Peserta akan bersaing untuk menjadi pendakwah terbaik melalui pelbagai cabaran seperti ceramah spontan, penciptaan kandungan digital, dan aktiviti komuniti. Program ini menilai bukan sahaja ilmu agama peserta, tetapi juga kreativiti, keyakinan, dan kemampuan mereka menyampaikan mesej Islam kepada generasi moden.

Kurma & Kopi

Kurma & Kopi kembali untuk musim kedua! 

Kurma & Kopi kembali untuk musim kedua dengan sembang santai, kisah peribadi dan renungan penuh makna. Dihoskan oleh Atu & Mawi, rancangan ini mengetengahkan perbualan ringan tetapi sarat hikmah, bersama tetamu istimewa dari pelbagai latar belakang yang berkongsi cerita inspirasi.

Kurma Kopi
Tazkirah Malam Jumaat Musim Ke-9
Tazkirah Malam Jumaat Musim 9

Tazkirah Malam Jumaat Musim ke-9 kini memperkenalkan penyampaian menggunakan bahasa isyarat sepanjang Ramadan bagi memastikan golongan OKU Pendengaran dapat mengikuti tazkirah dengan lebih mudah. Inisiatif inklusif ini menampilkan Azlina Mohamed Isa, OKU Pekak pertama di Malaysia yang bertugas sebagai jurubahasa isyarat di televisyen dan juga kaunselor berdaftar. Dengan adanya penerjemahan bahasa isyarat, halangan komunikasi dapat dihapuskan dan semua penonton dapat menikmati majlis ilmu dengan lebih dekat. Saksikan setiap Khamis, 9 malam.

Sosial Media Salam Muslim
Instagram Salam Muslim
Mualim Muda Playlist
Hype Hafiz Musim 3