Umrah ialah haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar yang bermaksud ziarah
Orang yang mengerjakan umrah akan berniat ihram umrah dari miqat, mengerjakan tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari ihram dengan bercukur atau bergunting.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jemaah haji dan umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripada Nya, Dia akan mengampunkan mereka.”
Berikut merupakan 5 rukun umrah yang perlu anda ketahui:
- Berihram
- Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, memakai 2 lembar kain putih yang tidak berjahit.
- Manakala bagi wanita pula pakaian ihram lebih bebas yang menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan.
- Disunatkan memakai pakaian berwarna putih.
- Tawaf
- Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
- Saie
- Syarat sah saie ialah dilakukan selepas tawaf, dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk saie.
- Bermula dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah, sempurna bilangan 7 kali dari kaki bukit ke kaki bukit.
- Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.
- Tahallul
- Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah.
- Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
- Adalah afdhal bagi lelaki untuk bercukur.
- Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai melalukan pisau di kulit kepala.
- Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.
- Tertib
Sumber: zayan.my