Surah Yasin adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin
Kelebihan Membaca Surah Yasin Setiap Pagi
1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.
2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.
3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.
4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.
Surah Yasin ayat 76 dibaca untuk mententeramkan diri apabila kita difitnah, apabila kita rasa sedih, merasa sebak atau kecewa hati terluka. Cara untuk menenangkan diri dengan menggunakan bacaan ayat suci ini adalah dengan membaca sambil mengurut dada. Insya Allah hasilnya lega.
Sumber: zayan.my