Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Lihat sahaja pada manusia yang diciptakan-Nya. Semua berlainan rupa dan bentuk. Namun, sebagai hamba-Nya, adakah kita mensyukuri dengan apa yang telah dikurniakan-Nya.
Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Lihat sahaja pada manusia yang diciptakan-Nya. Semua berlainan rupa dan bentuk. Namun, sebagai hamba-Nya, adakah kita mensyukuri dengan apa yang telah dikurniakan-Nya.
Pelbagai nikmat yang telah dikurniakan-Nya, nikmat Islam, nikmat Iman, nikmat Hidup dan pelbagai lagi. Sebagaimana yang disebutkan dalam surah An-Nahl ayat 18.
وَاِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَا ۗاِنَّ اللّٰهَ لَغَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang”
Sedarkah kita, dengan mensyukuri nikmat yang telah diberikan ini, banyak manfaat yang kita perolehi sebagai hamba-Nya.
Antaranya ialah ; Allah akan menambah Nikmat dengan berlipat ganda, Allah akan mengampuninya dan akan mendapat pahala dari Allah.
Mensyukuri nikmat Allah itu wajib. Sebagai hamba, manusia merupakan ciptaan Allah yang memiliki akal. Oleh hal yang demikian, manusia wajib mensyukuri segala yang diberikan oleh Allah. Keberjayaan kita di dunia ini adalah kurniaan dari Allah. Manusia yang tidak pernah mensyukuri nikmat Allah, adalah dalam kalangan orang yang sombong.
Sumber: zayan.my