Menurut kajian ini telaga zamzam tidak akan pernah kering.
Pernah tak anda rasa hairan bagaimana telaga zamzam tak pernah putus-putus airnya? Sepanjang tahun berapa bilion jemaah datang ke Mekah untuk tunaikan ibadah haji dan umrah, sejak dulu lagi. Tetapi air zam zam tak pernah kering walaupun sehari.
Mengikut sebuah buku berjudul Sejarah Ka’abah, Alu Husni Al Kharbuthi, keajaiban telaga zamzam dapat dilihat dan dibuktikan dengan beberapa kaedah ilmiah yang dilakukan oleh para pengkaji.
Antaranya kajian oleh Ahli Geologi Mesir, Dr Farouk El- Baz yang juga bekerja untuk NASA. Dikatakan terdapat sebuah lautan air di bawah lapisan bebatuan Kota Mekah. Lautan air inilah yang membentuk dan mengeluarkan air zamzam menyebabkan air ini tidak akan kering tetapi semakin bertambah dari hari ke hari.
Sumber: zayan.my