Niatkan di dalam diri untuk meminta sepenuh hati kepada Allah SWT
Senjata utuh seorang mukmin itu adalah dengan berdoa. Pelbagai ujian dan musibah adalah antara tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.
Allah SWT menceritakan dalam al-Qur’an menerusi surah As-Shaaffaat ayat 139 hingga 148 ketika baginda Nabi Yunus AS ditimpa ujian, baginda ditelan seekor ikan, namun baginda tetap mengingati Allah SWT dan berdoa.
Rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada Nabi Yunus AS telah mengeluarkan baginda daripada ujian itu.
Cuba kita muhasabah diri dan berfikir sejenak dengan perkara yang berlaku ketika ini. Adakah kita berdoa dengan seikhlas hati demi Allah SWT?
Jom ketahui lima adab ketika berdoa untuk manfaat bersama.
1. Memuji Allah SWT
Memulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT adalah antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
2. Berselawat
Setelah memuji Allah, ia dituruti dengan berselawat kepada Rasulullah SAW.
3. Merendahkan Suara
Berdoalah dengan rasa rendah diri, khusyuk, bersungguh-sungguh, dan mengharap dengan penuh keampunan.
4. Menghadap Kiblat
Menghadap Kiblat, mengangkat kedua-dua tangan dan menyapu tangan ke muka setelah selesai doa.
5. Memilih Waktu Mustajab
Seseorang itu hendaklah memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada dua per tiga daripada malam atau pada hari Jumaat kerana pada hari itu ada satu ketika, apabila sudah tiba masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.
Moga terus istiqamah di bawah lindungan Allah SWT daripada apa jua ujian dan dugaan. Amin.
Sumber: eCentral