InsyaAllah hati akan lebih tenang.
Setiap umat Islam pasti akan diuji oleh Allah SWT tetapi usah mengeluh kerana Dia sentiasa menyayangi hamba-Nya.
Dalam meniti kesusahan hidup, umat Islam perlu mengamalkan untuk berdoa dalam apa sahaja situasi yang dihadapinya.
Amalan doa menghilang kesusahan ini Insya-Allah akan memudahkan urusan seharian ketika menghadapi kesusahan.
Berikut adalah bacaan doa tersebut;
Doa Menghilang Kesusahan
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin)Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Sumber: tzkrh.com