Apa maksud Jamak dan Qasar? Makna Jamak ialah dihimpunkan. Makna Qasar ialah dipendekkan.
Apakah yang perlu kita niatkan sebelum keluar rumah?
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-
“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”.
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Solat Jamak Qasar Taqdim (Zuhur & Asar)
1. Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang Zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.
Niat untuk sembahyang Asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.
Solat Jamak Qasar Taqdim (Maghrib & Isyak)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:
“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.
Niat untuk sembahyang Isyak ialah:
“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.
Solat Jamak Qasar Takhir (Asar & Zuhur)
Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
“Aku nak jamakkan solat Zuhur dalam waktu Asar”
Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu diikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.
Niat untuk solat Asar ialah “Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
Niat untuk solat Zuhur ialah “Sahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
Solat Jamak Qasar Takhir (Isyak & Maghrib)
Kita boleh juga jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat
1. Melakukan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir
“Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak”
Niat untuk sembahyang Isyak ialah:
“Sahaja aku solat fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:
“Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.
Akhir kata, semoga panduan dan cara solat jamak qasar ini dapat memberikan sedikit manfaat.
sumber : zayan.my