Ini penjelasan JAKIM.
Mengulas mengenai kem tersebut, JAKIM juga memaklumkan peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela.
“Peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah.
“Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.
“Ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.
“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” ujarnya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil menjelaskan dakwaan berlaku percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan solat berjemaah dalam program Kem Ibadah Nusantara di Cameron Highlands, Pahang, baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.
JAKIM memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi mereka pada Rabu.
Menurut JAKIM, video memaparkan jemaah solat bercampur saf antara lelaki dan wanita yang tular itu mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
“Tular sebuah video yang memaparkan jemaah solat yang bercampur saf antara lelaki dan wanita yang mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
“Video berkenaan diyakini dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini yang diadakan di Cameron Highland anjuran bersama JAKIM, UIA, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan IPT lain,” jelasnya.