Benarkah hasil daging korban boleh diagihkan kepada orang Islam sahaja?
Tibanya hari Aidiladha dan pasti banyak ibadah korban akan dilakukan sempena menyambut hari dan bulan penuh kemuliaan ini.
Namun, ada yang keliru samada daging korban itu boleh diberi makan kepada orang yang bukan Islam ataupun tidak? Adakah ia hanya untuk orang beragama Islam sahaja?
Allah SWT berfirman:
فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡقَانِعَ وَٱلۡمُعۡتَرَّۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرۡنَٰهَا لَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Hajj: 36)
Al-Imam Ibn Kathir Rahimahulah di dalam tafsirnya, Tafsir al-Quran al-‘Azim (5/428) menyebutkan bahawa mengenai ayat di atas, sebahagian salaf mengatakan diharuskan untuk memakan sebahagian daripada hasil korban tersebut.
Al-Imam Malik Rahimahullah mengatakan sunat untuk di makan hasil korban tersebut dan ada juga pendapat yang mewajibkannya sepertimana pendapat sebahagian al-Syafi’eyyah.
Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur TIDAK DIBOLEHKAN kerana korban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat bahawa isu ini dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat.
Mereka menekankan di sini:
#1 – Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
#2 – Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan