Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam al-Quran,hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW,kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib
Berbagai keistimewaan terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan diantaranya ialah :
Surah Al-Kausar diturunkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW bersedih atas kematian 2 insan yang disayanginya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib. Oleh kerana itu, surah ini disifatkan sebagai surat penghibur hati Nabi Muhammad SAW.
Terdapat pelbagai keistimewaan yang terkandung dalam surah ini yang kita boleh amalkan.
- Baca surah ini ketika hujan, dengan izin Allah SWT, doa kita akan dikabulkan.
- Ketika berada dalam keadaan kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosokkan di leher. In shaa allah rasa bahaga itu akan hilang.
- Jika mata anda sentiasa sakit seperti berair, gatal ataupun bengkak. Buat air penawar dengan membaca surah ini sebanyak 10 kali lalu sapukan air tersebut pada mata.
- Jika rumah anda dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10 kali untuk mendapat ilham dimana terletaknya sihir itu.
- Hati akan menjadi lembut dan kita akan lebih khusyuk menunaikan solat jika selalu rajin membaca surah ini.
- Jika ada orang yang telah dianayai ataupun dizalimi, baca surah ini sebanyak 71 kali. Dengan izin Illahi, bantuan akan diberikan kepadanya.
- Jika ada orang teraniaya dan terpenjara,bacalah surah ini sebanyak 71 kali.Insya Allah,Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Rasulullah SAW bersabda :
” Barangsiapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia ),dia akan tetap memperolehi pahala.”
( HR Al-Bukhari )
Sumber : islamituindah.my