Perkongsian seorang pengguna X yang menggunakan akaun @ahnewyear19 mengenai hadith dan sunnah Rasulullah SAW mengenai sedekah terhadap diri sendiri, orang terdekat dan seterusnya. Semoga kita mendapat sedikit ilmu daripada perkongsian ini.
Keutamaan Bersedekah
1. Diri Sendiri
Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis dari Nabi SAW, di mana Baginda berkata:
تصدقوا – Bersedekahlah kalian
Ada satu lelaki jawab:
يا رسول الله عندي دينار – Wahai Rasul Allah, aku ada 1 dinar
Apa jawapan Nabi SAW?
تصدق به على نفسك – Bersedekahlah dengannya ke atas diri kamu sendiri
Di sini, Nabi SAW tak bersabda: Ha, bersedekahlah pada orang lain. Baginda suruh belanjakan pada diri sendiri sebagai satu bentuk sedekah. Kemudian apa kata lelaki itu?
2. Ibu Bapa
عندي آخر – Disisiku ada lagi 1 dinar
Apa jawab Nabi SAW?
تصدق به على ولدك – Bersedekahlah dengannya ke atas ibu bapa kamu
Lepas belanja pada diri dan isteri, Nabi SAW suruh belanja ibu bapa. Kalau kita ada lebihan duit gaji, berilah pada ibu bapa. Ini sunnah. Kemudian elaki itu sambung lagi:
3. Khadam
عندي آخر – Disisiku ada lagi 1 dinar
Nabi SAW menjawab:
تصدق به على خادمك – Bersedekahlah dengannya ke atas khadam kamu
Kalau tak ada khadam, tak payahlah sibuk nak cari khadam nak bersedekah.
Akhirnya lelaki itu sambung lagi:
عندي آخر – Disisiku ada lagi 1 dinar
Nabi SAW menjawab:
أنت أبصر – Kamu lebih tahu (apa yang perlu dilakukan dengan duit lebihan)
[HR Nasaie, juga diriwayatkan Abu Daud]Apa yang Nabi SAW nak sampaikan? Prioriti berbelanja dan gunakan duit. Untuk diri sendiri, untuk keluarga (bagi yang dah ada keluarga), untuk ibu bapa, barulah beri pada orang lain. Tak salah gunakan duit yang ada untuk kegunaan diri sendiri dulu. Ia juga sunnah Nabi SAW.
Nota: Gambar utama adalah gambar hiasan semata-mata
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Salam Muslim. Salam Muslim tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kredit gambar: Karma Samten
Berita Lain: 5 Amalan Terbaik Sebelum Tidur Agar Hati Lebih Lapang dan Tidur Lebih Tenang